Selasa, 22 Mei 2018

BAHAN-BAHAN MEMBUAT COLEK NISAN 

  • nisan
  • cuka
  • garam
  • lada jarum 
  • belacan
CARA-CARA MEMBUAT COLEK NISAN

  1.  Bersihkan lada jarum dan letakkan didalam lesung ditumbuk sehingga lumat . 
  2. Letakkan sedikit garam bagi menambah rasa 
  3. Letakkan sedikit belacan sehingga naik bau .
  4. Akhir sekali , masukkan dua keping nisan dan ditumbuk sehingga pekat serta campurkan sedikit cuka untuk menambah rasa colek masam manis .

cara membuat colek



    Isnin, 21 Mei 2018

    COLEK PAUH MASAM MANIS

                                                   COLEK PAUH MASAM MANIS 



    Assalamualaikum wbt.. Bagi penggemar asam atau jeruk, bila tengok ni tentu kecur liur kan?? Kalau nak tahu, keluarga kami cukup gemar makan colek pauh atau mangga muda ni. Colek atau dalam sebutan kami ialah "collek"...iaitu ramuan cecahan dari gula atau gula melaka yang ditumbuk bersama belacan, cili padi dan cuka ataupun kicap bergantung kepada jenis buah yang hendak dimakan. Yang selalu jadi pilihan ialah mangga muda yang dipanggil pauh "reknge". Reknge dalam loghat kami bermaksud ringan.



    Sebenarnya, selain pauh atau mangga, macam-macam jenis buah-buahan yang boleh dimakan dengan colek iaitu jambu batu dan segala macam jenis jambu seperti jambu bol, jambu arang, jambu air, nenas, betik, baba nangka, buah rambutan, buah ketereh/gajus/jambu golok, cermai dan sentol dan lain-lain. Malah mumbang kelapa yang biasa dicampurkan ke dalam gulai kawah pun boleh dijadikan colek. Untuk buah-buahan ini, kami menggunakan collek kicap iaitu campuran gula pasir, cili padi, sedikit garam, kacang dan belacan. Ramuan ini  perlu ditumbuk, cuma campurkan semua sekali dalam mangkuk dan penyetkan cili padi dan juga belacan apabila hendak dimakan. Cecahlah buah-buah ini satu persatu dan suapkan ke dalam mulut. Pastinya segala macam rasa ada, masam, manis pedas, masin dan kelat atau manis bergantung jenis buah yang digunakan. 

    Untuk resipi colek seperti dalam gambar di atas, saya cuma tumbukkan gula melaka (gula kerek/nisan) bersama sedikit belacan, cili padi dan garam. Keluarkan dari lesung, tambahkan sedikit air asam jawa untuk mencairkannya. Collek ini sesuai untuk dimakan bersama buah mangga muda. Selain itu, collek kicap juga sesuai dimakan dengan mangga muda atau buah2 jenis masam yang lain iaitu dengan mencampurkan kicap manis, gula, belacan dan cili padi dan penyetkan cili padi dengan belacan apabila hendak dicecah dengan buah-buah asam yang telah dihiris nipis.


    MISI

    Mencapai keuntungan bersih berterusan sekurang kurangnya 15% setahun setiap tahun . Mewujudkan budaya kerja yang berdaya saing dan innovatif dengan mengamalkan "Lean Organization" secara efektif . 




    VISI 


    Mentranformasikan syarikat dibawah "Colek Pauh Masam Manis Sdn Bhd" kerana produk berjenama Colek Pauh Masam Manis bukan hanya setakat colek sahaja . 




    OBJEKTIF


    • Meluaskan pasaran produk colek masam manis keseluruh semenanjung dan juga menembusi pasaran Sabah dan Serawak serta keluar negara .

    • Melantik stokis disetiap negeri dan daerah dimana stokis negeri membangunkan dan memasarkan disetiap daerah .

    • Memasarkan produk hypermarket seperti mydin , tesco , giant , kiosk dan lain lain hypermarket yang mana pasaran produk Colek Pauh Masam Manis keluaran bumiputra dan halal berpotensi .

    • Meningkatkan promosi dengan lebih agresif dimana perancangan Colek Pauh Masam Manis ialah dengan mempromosikan dimedia utama , di tv , radio , akhbar dan juga internet . 







    PROMOSI   kami membuat menawar harga murah dengan promosi membeli 2 percuma 1 ,harga kami menawarkan adalah rm3.00 . pelbagi jenis ...